Followers

Friday, 29 April 2016

SMELLY NO MORE

https://www.totalimage.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Smelly-No-More-60g-RM16.90.jpg
Smell smell what smell?
Smell The Rock is cooking?

huhu...apa yang ko merepek ni jah oi...nak cito pasai pa neyh...

ekceli...ahkak nak share ttg deodorant Smelly No More, Produk dari Total Image. Sebelum nih ahkak pengguna tegar satu produk ni...sangat menyukai hokey deodorant keluaran syarikat tu. Tapi setelah ahkak ada mendengar kabar angin katanya deodarant punca kanser payudara, terus ahkak mencari alternatif lain untuk menghilangkan bau badan. Tetapi adakah benar deodorant punca kanser payudara? Nanti ahkak sharekan pada next entry.

Berbalik kepada produk yang ahkak nak sharekan neyh,produk ini berasaskan batu garam mineral semulajadi yang mampu menghalang pembiakan bakteria punca bau badan. Apakah yang menyebabkan bau badan? Bau badan berpunca dari gabungan peluh dan bakteria. Peluh sebenarnya tidak berbau malah proses ini berfungsi sebagai satu cara semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Tetapi bile bergabung dengan bakteria, maka, perembesan peluh dari liang roma badan akan menyebabkan badan berbau. Ini kerana, bakteria memecahkan peluh kepada asid lemak berbau. 

Deodarant komersial yang berada di pasaran sama ada hanya menghentikan proses perpeluhan atau hanya menutup bau dengan wangian. sebab  itu, kebanyakkannya tidak membantu mengatasi punca utama bau badan.

Antara kawasan-kawasan yang biasanya mengeluarkan bau badan;
  • ketiak
  • kaki/tapak kaki
  •  Leher
Bagus nye tentang deodarant Smelly No More ini adalah kerana;
  • Semulajadi
  • Tidak menghitamkan kawasan kulit
  • Tidak melekit dan tidak berminyak
  • Bebas alkohol dan wangian tiruan
  • Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
  • 300% lebih berkesan menghalang bau badan dari produk deodorant lain
  • Hypo-allergenic
 Bahan terkandung dalam Smelly No More
  • Garam mineral semulajadi
Cara penggunaan
  • Selepas mandi, basahkan sedikit dihujung, dan sapu dibahagian berbau seperti biasa.
  • Boleh disapu di bahagian ketiak, leher, belakang lutut, tapak kaki, tapak tangan
Harga di pasaran
  • Pek 60gm - RM16.90
  • Pek 120gm - RM24.90
Produk ini boleh didapati Guardians, Watsons, Caring, Vitacare dan farmasi2 utama di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment