Perkongsian yang ahkak dapat melalui whatsapp keluarga...jadi ahkak ingin kongsikan disini kerana bagi ahkak, perkara-perkara ini tidak susah untuk kita amalkan. Dan sebagai 'self-reminder' for me to be a good muslim/muslimah.Insyallah.
1) Jangan lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah s.w.t
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikuathiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah.
3) Jangan makan/minum didalam/menggunakan bekas yang sumbing/rekahan@pecahan kecil.Makhruh kerana ianya merbahayakan.
4) Jangan biarkan pinggan makan yang telah digunakan tidak berbasuh di sinki. Makhruh dan mewarisi kepapaan.
5) Jangan tidur selepas solat subuh kerana kelak dikhuatiri rezeki mahal (pagi pembuka pintu rezeki)
6) Jangan makan tanpa membaca BISMILAHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk berbuat kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8) Jangan pakai kasut/selipar berlainan pasangan. Makhruh dan mewarisi kepapaan.
9) Jangan biar mata meliar ketika di perjalanan. Nanti hati kita kelak diselaputi dosa.
10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Lebih banyak buruk dari baiknya.
11) Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana bila-bila mati boleh datang menjemput.
12) Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa atau sesama manusia kalau memang kita bersalah
13) Jangan rosak sesama rakan taulan. Nanti kelak merosak silaturahim.
14) Janagan lupa bergantung harap hanya kepada Allah swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16) Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17) Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.
19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20) Jangan duduk didalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.
21) Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap adalah makanan jin.
22) Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23) Jangan memakai tangkal kerana Allah swt tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal semata-mata dan bukan kepadaNya.
24) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang buruk itu dari hambanya juga.
No comments:
Post a Comment