Makanan seimbang adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Itu sangat diakui oleh ahkak. Tapi, pada masa yang sama, ahkak rasa sangat bersalah pd anak-anak kerana tidak menyediakan makanan seimbang dalam diet harian mereka.
Untuk
makluman, ahkak memang tidak makan sayur. Oleh itu, memasak hidangan yang
mempuyai lauk sayuran di rumah adalah jarang sekali. Kerana sebab itu, mereka
turut tidak menyukai sayur.
Ahkak
sangat runsing terutama anak ahkak yang sulung. Usianya sudah 8tahun tetapi
beratnye tidak sampai 20kg. Manakala, adiknya, yang berusia 7tahun, beratnya
adalah 34kg. Perbezaan yang sangat ketara. Adik kurang memilih makan tetapi
abang, sangat-sangat memilih makan.
Ahkak
rasa, ahkak masih blom terlambat untuk memberi mereka makanan yang seimbang.
Moga-moga,
ahkak terus istiqomah dalam misi ini…cewaahh… :D [semangat!]
3
makanan utama ini, perlu didalam diet harian kita, samada kanak-kanak mahupun
orang dewasa.
- Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
- Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
- Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).

Umur
|
Lelaki
(Kalori Sehari)
|
Perempuan
(Kalori Sehari)
|
1-3 tahun
|
1230
|
1165
|
4-6
|
1715
|
1545
|
7-10
|
1790
|
1740
|
11-14
|
2220
|
1845
|
15-18
|
2755
|
2110
|
Bagaimana kalori makanan dikira? boleh rujuk aja di 'Calorie Count' yang mudah di google. |
---|
Beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk memastikan berat badan anak-anak naik dengan sihat. |
---|
|
---|
Begitular situasi yang ahkak alami tiap kali ke pasaraya. Si abang mesti mahu membeli 'junk food' kegemarannya. Kadang-kadang, kesian jugak tgk dia...dah lar kudut...apa yang dia suka makan, maknya plak tak bagi...tapi,pilihan makanannya tidak sihat, terpaksa lar maknya keras hati. |
---|
Sebagai pengganti snack, mungkin kita boleh beri mereka kekacang seperti badam atau buah-buahan kering seperti kismis. |
---|
abang dan adik masa masih kecil....alololoo....pandai suh adik senyap
|
---|
abang dan adik, rasanya time nih, umur abang 7tahun, adik 6tahun...adik yang makin sado |
---|
No comments:
Post a Comment