Followers

Wednesday, 20 April 2016

AIR TERJUN SG.CHILLING, KUALA KUBU BHARU

Program jungle tracking ini kali, ahkak follow group office ke air terjun Sg.Chilling, Kuala Kubu Bharu. Sepanjang hampir 10 tahun bekerja, ini adalah kali ke2 akan follow group untuk jungle tracking. Part2 masuk hutan neyh, ahkak ada skitttt kureenngggg....tp sebabkan buleh bwk spouse, so, ahkak decide untuk join sbb en.somi, sangat larrrrr menggemari aktiviti2 yang melibatkan hutan neyh.

Kengkonon as a reward lar utk dia sbb slalo, dia follow apa je aktiviti kesukaan ahkak nih such as karaoke, berpicnic tepi pantai, jenjalan lam soping mall....so, ini kali, kita buat plak aktiviti kesukaan dia..haha...yang penting, spree...tkyah kuar duit pape coz under opis nye budget..buleh giteww.. :P

Serba sedikit info ttg Air Terjun Sg.Chilling.

Sungai Chilling adalah tempat perlindungan ikan di kaki bukit Bukit Fraser, terletak selepas Empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berhampiran dengan Sungai Pertak. Di Sungai Chilling, terdapat air terjun yang sgt menarik utk dikunjungi. Diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri, sungai ini telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi dan tempat perlindungan ikan untuk memelihara spesies ikan tempatan iaitu ikan kelah (hijau 'Kelah'). Akses ke lokasi Sg.Chilling adalah dengan melalui pintu masuk kecil dengan gerbang selepas jambatan keluli.

 IMG_2066.JPG 
Jambatan keluli sebelum smp di Sg.Chilling dr arah kuala kubu bharu
Terdapat tempat untuk meletak kenderaan di sebelah kiri selepas jambatan keluli ini.Tapi, ketika kami smp arituh, kami dpt park, btul2 dpn pintu gerbang...kebetulan kami sampai awal, jadi dpt lar spot yg sesuai. kalo lewat skit...mmg penuh kiri kanan jalan dgn kenderaan. Jalan utamanya pulak, kecil je.So, mmg kena agak berhati2 ketika park kereta takut nnt bergesel dgn kereta yg lalu lalang.Digalakan, untuk smp awal dilokasi.

Dari pintu masuk, trek yang pendek membawa ke tapak perkhemahan dan pejabat serta pondok renjer. Disini, kita perlu mendaftarkan nama dan pembayaran RM1 dikenakan. Deposit RM3 dikenakan untuk setiap plastik beg dan mineral botol yg dibawa. Deposit ini akn dipulangkan semula kepada anda sekiranya plastik beg dan mineral botol yg di bawa keluar dr hutan sama jumlah ketika sebelum msk ke dlm hutan. Ini adalah bg memastikan kebersihan kawasan air terjun terjamin. Memancing dan berBBQ di kawasan air terjun adalah dilarang sama sekali.

Track akan bermula di jambatan gantung ke arah air terjun. Bergantung kepada kelajuan dan kecergasan, perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke lokasi air terjun adalah antara 30-45 minit dan perlu mengharungi lebih kurang 5 anak sungai. 
https://arleneanddennis.files.wordpress.com/2013/05/2013-may-12-chiling-trek38.jpg 
5 anak sungai yang perlu diredah
Perlu diingat, pakai kasut/sandal yg bersesuaian sbb kite perlu redah air bagai. Cam ahkak dan en.somi, awal2 kami dah pakat utk pakai kasut getah cam org gi noreh tuh. Ahkak memang penggeli pacat.Alhamdulillah, naseb baek, sepanjang berada disana, sekot pacat pun tk singgah...~fuuhh...

Untuk makluman, ketinggian air terjun neyh, lebih kurang 80 meter.Taman ini dibuka hanya pada hari Jumaat dan hujung minggu dari jam 8:00pagi - 6:00ptg. Untuk menggunakan kemudahan tapak perkhemahan,  perlu daftar di pejabat renjer dan RM10 dikenakan untuk deposit bagi memastikan kebersihan kawasan tapak perkhemahan terjamin.

pintu gerbang Sg.Chilling

Pintu masuk setibanya dikawasan tapak perkhemahan/pejabat renjer

 
Lokasi tapak perkhemahan
  
Surau dan tandas juga ada untuk keselesaan pengunjung 

Air terjun Sg.Chilling

  
Sojuk menggigil air terjun neyh..smp terbersin2 ahkak

Rumusan Info Sg.Chilling

1) Lokasi : 21km dari Kuala Kubu Bharu, Selangor

2) Koordinat : East 101 45.05' North 03 35.71' 

3) Waktu operasi : Jumaat, Sabtu & Ahad ( 8.00pg - 6.00ptg/selepas jam 3ptg tidak dibenarkan untuk ke lokasi air terjun.

4) Tempoh masa : 30minit-45minit dari lokasi pej.renjer/tapak perkhemahan ke loaksi air terjun.

5) Laluan halangan : 5 anak sungai sebelum sampai di lokasi air terjun. 

6) Bayaran : RM1 (Bayaran masuk) RM3 (Deposit plastik beg/mineral botol) RM10 (Deposit untuk berkhemah)

7) Pakaian kering boleh diletak di pejabat renjer. Kembali dari kawasan air terjun, boleh salin di toilet yang disediakan berhampiran tapak perkhemahan.

8) Drybeg/beg kalis air untuk letak hp/camera/wallet (5 anak sg.perlu diredah)

9) Surau/wakaf/tandas disediakan dilokasi tapak perkhemahan/pej.renjer

10) Dilarang memancing & berBBQ di kawasan air terjun.

11) Dilarang membawa keluar ikan-ikan kelah kerana ia adalah spesis dilindungi.
  
12) Dilarang membawa kenderaan masuk. Kenderaan perlu diparkir di kawasan parkir yang disediakan (berhampiran jambatan keluli) atau dikiri kanan jalan besar. Dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta dan elakkan parkir di kawasan tersorok atau sunyi.

 

No comments:

Post a Comment