Followers

Tuesday, 21 June 2016

MIGRAINE

Assalamualaikum

Alhamdulillah....sudah 16 hari kita berpuasa....moga-moga, dengan berbaki 14hari, kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala pada ini kali ramadhan...

Sepanjang bulan ramadhan ini, alhamdulillah, ahkak diberikan kesihatan yang baek..kecuali 1...ahkak kerap diserang sakit migrain...ujian di bulan ramadhan, redha dan tidak perlu mengeluh....mungkin Allah nak uji, sekuat mana ibadah ahkak andai diberi ujian sakit migrain ini...moga ahkak cepat sedar dan cuba untuk lebih tingkatkan amal ibadat....semoga amal ibadat ahkak diterima Allah swt...

Ahkak tertanya2, apa punca migrain ni? Kerana boleh dikatakan, kerap jgk ahkak kena....

Tanda-tanda anda diserang migrain
  • rasa sakit/kebas di bahagian sebelah muka
  •  pandangan silau/kabur/samar2
  • mual/mabuk
  • pendengaran menjadi sensitif terhadap bunyi/suara
  • tempoh alami mingrain biasa nye antara 5 - 72 jam

Berikut adalah antara punca-punca/penyebab migrain;
  • makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi 
  • ubat hormon seperti pil perancang kehamilan
  • MSG/Pengawet makanan
  • minuman beralkohol/kafein
  • tekanan/stress
  • rangsangan deria yang kuat - silau/bau yang menyegat
  • waktu tidur yang tidak menentu
Cara mengatasi migrain
  • kurangkan/elakkan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi
  • kurangkan/elakkan makanan yang mempunyai MSG/pengawet makanan
  • elakkan dari minum minuman beralkohol/kafein
  • hilangkan stress denganmencari ketenangan...jika perlu..pergi bercuti!
  • elak berada ditempat yag terang dan bising
  • waktu tidur yang mencukupi
Selain dari itu, kite boleh juga mencuba teknik meletak ais di belakang tengkuk. 

Info ini,ahkak terima pengkongsiannya dari mak cik ahkak.

Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh kita, jika ditempelkan dengan ais pada titik itu selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insyallah, teknik ini, mampu mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera, malah badan kita kaan terasa ringan dan bertenanga.

Melakukan terapi itu secara kerap/berkala, mampun mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik dimana leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupuntur cina titik tersebuat dikenali sebagai 'Feng Fu' yang bermaksud 'rumah angin'.

Menurut rawatan tradisional cina,teknik meletakkan ais pada titik 'Feng Fu' bukan untuk mengubati tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologi semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan ' seluruh tubuh. 

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada titik 'Feng Fu'.Cubalah melakukan terapi ini ketika badan terasa eltih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Terapi ini juga dapat meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.

Terknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik 'Feng Fu' selamat 10 - 20 minit.

Pada awalnya, mungkin kita akan merasa sjeuk selama 30-40saat tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Selain dari itu, antara kebaikan nya adalah;
  • mengatasi sakit kepala dan migrain
  • meringkan sakit gigi/sendi
  • mencetus rasa relaks
  • meningkatkan tenaga/hindari rasa letih
  • meningkatkan kualiti tidur
  • memperbaiki sistem pernafasan/kardiovaskular
  • mengatasi asma
  • mencegah sering bersin /hidung berair
  • mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
  • membaiki sistem pencernaan
  • menyembuh radang saluran usus danmeningkatkan keupayaan seksual
  • mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan
  • mengatasi masalah kelenjar tiroid
  • membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi
  • menghilangkan selulit
  • mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endorkin dan kesuburan.
  • mengatasi gangguan psiko-emosiol, stess, keletihan, insomnia 
 
 
 
 
 

Tuesday, 14 June 2016

A QUOTES A DAY #14

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum 

Alhamdulillah....ari ini genap sudah 9 hari kita berpuasa.

Lama sungguh membisu dari menulis blog....

semuanya gara2 kemalasan yg bertingkek2.

huhuhuh

Masa mula2 start smula berblogging, harapan nya adalah, agar, blog ini kali, tidak seperti blog2 yg sebelum ini... :D

Jadi, jangan hangat2 tahi ayam lagi ye cik puan lea! ;D

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglOJ1ydovHrrERpP1XnVHHQrM_qMLYW9x1s0CoAOOSGN4mZYCad0J0pjb_TH70yleDe5dKGiv56picRwGbxADERBlnp9Fk6OF3pbVgyUuP3JnYGr1VyHtpzqScToPMNnBuLByu2gFU4aI/s1600/Kata-Kata-Menyambut-Bulan-Ramadhan.jpg



Tuesday, 10 May 2016

INFO MENGENAI GARAM

http://kulinercimahi.com/wp-content/uploads/2015/04/Herba-Garam-Untuk-Kecantikan-Kulit.jpg 

  • Sihir atau santau dapat dihalang dengan mengamalkan garam mengikut cara Nabi S.A.W
  • Sebelum makan, Nabi S.A.W akan letak secubit garam dilidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan.
  • Sampai di tempat baru, Nabi S.A.W ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru
  • Untuk ubat penyakit rohai, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa? Kerana Allah S.W.T telah mencipta garam untuk menarik toksik/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.
  • Garam mempunyai unsur untuk mengimbangi sistem tubuh kita.
  • Garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Oleh itu, ketika memasak, jangan campurkan garam ketika makanan sedang menggelegak. Campur garam kedalam masakan ketika suhu telah turun yakni selepas api dapur ditutup. Maksud garam rosak adalah, apabila hanya tinggal unsur sodium didalam garam. Garam terkandung sodium dan potassium. Tubuh memerlukan potassium lebih. Potassium akan rosak/hilang bile garam dimasak dengan suhu tinggi. Oleh itu, inilah penyumbang kepada masalah darah tinggi kerana apa yang masuk didalam badan hanyalah sodium.
  • Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam kerana sunnah Rasulullah S.A.W akan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan akan disapu pada bahagian depan lidah. Ini bertujuan untuk mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Beberapa Petua Menggunakan Garam

Rendam kerang dengan air garam untuk membuang tahinya.

Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin. Ikan masin yang terlalu masin boleh direndam dengan air garam untuk mengurangkan kadar kemasinannya.

Mengubati gout. Gout disebabkan pengambilan makanan laut secara berlebihan. Untuk mengubatinya, bleh benamkan badan didalam pasir laut ataupun demahkan garang kasar yang telah digoreng ditempat yang sakit ketika garam masih panas.

Merawat cirit birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

Merawat mabuk perjalanan. Campurkan garam bersama madu dan air dan kemudiannya diminum sebelum memulakan perjalanan.

Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Air garam menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin.

Menghilangkan penat akibat kerja berat dengan minum air sejuk dicampur garam.

Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam

Mengelak gangguan jin ketika bermalam dihutan. Caranya, garam dibaca padanya Surah Al-Fatihah (1 kali) dan ayat kursi (ayat 255 surah al-baqarah / 7 kali), kemudian ditabur disekeliling khemah.

Mengelak gangguan syaitan/jin pada bayi. Ada ketikanya, bayi kerap menangis di waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan didalam gelas/cawan/bekas yang terbuka dan diletakkan dibahagian kepala bayi.

Mengubati orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang disihir, cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-fatihah di perdu lidah. perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Semoga bermanfaat...insyallah..

Monday, 9 May 2016

A QUOTES A DAY #13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguMB-n99aZ6H8H3Nmb5cJlnBcbtNWho3j-2Z5qAlPpIToW8V3gF50kw8JbvttC603eESa9M3QoStKK-fVIcoKw-9SWRZB330lYbpQRNHIhZOr-49G8e-ep7Yn5r4l3nIZkdfeN1Le3Ue6b/s1600/hari+ibu.jpg

MOTHER'S DAY

Assalamualaikum

 http://previews.123rf.com/images/roxanabalint/roxanabalint1303/roxanabalint130300062/18563486-Grunge-Mother-s-day-rubber-stamp-on-white-vector-illustration-Stock-Vector.jpg

Ibu, Emak, Mama, Bonda, Mummy, Mak, Umi...nama yang setiap hari akan terpacul dari mulut kita. Tak kiralar andai kita berumur 3 tahun ataupun 36 tahun. Kita sentiasa mencari 'Emak' setiap masa, bujang mahupun dah berkahwin.

Semalam, 8 May 2016 merupakan sambutan Hari Ibu sedunia. Sambutan yang bermakna untuk mereka yang bergelar ibu. Ibu adalah insan yang paling banyak berkorban untuk kita sejak dari kita dikandung. Penat lelah pengorbanan diri sebagai seorang ibu, tidak terperi. 
 Emak dan Ayah

Bercerita tentang 'Sambutan Hari Ibu', ibu yang dipanggil emak oleh ahkak sejak kecik, telah menjadi emak kepada kami 3 beradik selama 36 tahun. Emak telah melahirkan abang pada tahun 1981, ahkak pada tahun 1984 manakala adik lelaki ahkak pada tahun 1985. Abang dilahirkan secara pembedahan manakala ahkak dan adik dilahirkan secara normal.

Ada satu cerita lucu yang ahkak masih ingat tentang 'emak' ketika ahkak masih kecil. Ketika itu, kami tinggal dikuantan. Anak-anak jiran disekitar rumah, usia mereka tidak jauh beza dengan ahkak....so, biasalar kan....budak-budak, suka sangat bersaing. Dari segi pakaian, mainan, beg skolah, kasut sekolah, botol air, semuaaaa nak bersaing sapa nye paling best! termasuklar gelaran untuk 'emak' masing2...[boleyh, gelaran nama pun nak bersaing..huhu...] so, kawan2 ahkak, mereka memanggil emak mereka 'mama', 'mummy', 'ibu'...time tuh ahkak rasa, nama2 tu sangat glem...tak seperti panggilan EMAK....ahkak rasa panggilan EMAK sangat kekampungan. [derhaka sangat perangai kan! ~huhuhu] So, sejak itu, ahkak mula panggil emak ahkak dengan panggilan 'mama', 'mummy' hari-hari bertukar, konon nak fefeling glem....tapi hakikatnya, EMAK jugak yang paling sedap disebut oleh mulut ini. EMAK juga yang disebut2 ketika sakit, EMAK juga dipanggil disaat takut, EMAK juga yang dirintih ketika bersedih, EMAK juga dipanjatkan ketika berdoa..EMAK...EMAK...EMAK....

Walaupun, panggilan EMAK tidak glem, tapi EMAK tetap glem dihati dan mata ahkak.... muahciked......

Selamat hari ibu, emak!! A lots of heartttttttttt......

Tuesday, 3 May 2016

A QUOTES A DAY #12

http://s9.favim.com/orig/140113/allah-islam-love-muslim-quotes-Favim.com-1256215.jpg

DENGGI

Assalamualaikum wbt

Lama cuti, blog pun turut bercuti.. :)

Nak share lar kt sini, menggenangkan Mother's Day akan tiba pada 8 May 2016, ahkak nak crita skit pasal mak ahkak.

Last week, seminggu berkampung di hospital kerana demam denggi.

Balik2 dari majlis konvo abang ahkak di johor, mak diseang demam teruk dan sakit2 badan. Mereka balik dari Johor pada hari ahad. Tiba di Seremban, terus ke hospital, check kt emergency. Diberi ubat, dan mak berehat di rumah.

Hari isnin, ubat sudah ditelan, tapi masih lagi demam tidak berkurang, badan makin bisa2 dan muka dh sembab. Petang tu, bile ayah balik dari keje, pas mahgrib, mereka ke hospital semula sbb mak kata, badan masih sakit dan ubat yang dimakan tidak berkurangan sakitnya.

Lam kul 10 malam, ayah call suh siapkan baju2 mak sebab emak admitted di hospital. Maka, berkampunglar emak di hospital dari Isnin sampailar ke ari Isnin smalam, 1 May 2016. 8 hari di hospital......lama kann....sian mak...

Ok, apa punca demam denggi nih?

Mengenalpasti Nyamuk aedes

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqvAQRhSBMsO2x7Qw5AiJ55uVrQirqZBgk64pDA1K9Ndspkfwyni37N5aJgnVsW18v7pCCFKperADHv8Y8k1rqw3Uf7owN7bNbowpdKBziDYx5NpFEc2sPofIvz8VsUsJtq6BIyzwcF2mA/s1600/aedes.png

  • Nyamuk aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. 
  • Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang dan senja.
Cara pembiakan nyamuk aedes
  • Nyamuk aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.  (pasu bunga, tayar buruk, kolam, dan lain-lain bekas simpanan air).
Apa itu demam denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu 
  1. Demam Hemoragik Denggi (DHF) 
  2. Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan menular di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti(hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
  1. Demam mengejut
  2. Sakit kepala teruk
  3. Sakit di belakang bebola mata
  4. Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever
  5. Gatal-gatal. 
  6. Bintik merah pada kulit
  7. berdarah pada badan, hidung dan mulut.
  8. Hilang selera makan.
  9. Muntah-muntah
  10. Sakit perut
  11. Rasa pahit pada lidah
  12. Lemah dan tidak bermaya
Ciri-ciri keradangan demam denggi
  1. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. 
  2. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). 
  3. Gastritis; gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. 
  4. Radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan
  • Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau maksimum 16 gelas sehari (diperlukan untuk mengambil air yang banyak bagi
    menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk
http://www.mdnizam.com/wp-content/uploads/2014/08/air-minum-dalam-botol-pet-2.jpg

  • Pucuk daun betik - Kebiasaanya, pucuk daun betik dijadikan jus. Walaupun pahit, jus daun betik dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubati demam denggi. Kandungan enzim didalamnya berfungsi membantu meningkatkan platlet darah yang hilang akibat komplikasi demam denggi. 
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.479872.1454213029!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

  • Ketam nipah -Ketam nipah kebiasaannya di masak sup. Kandungan protein yang terdapat didalam ketam nipah mampu meninggkatkan platlet darah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioJmz3JZTrRxcSe0i5ODWb38sGySwX1EUog2kVIckRIa0h1mimOOINSPc8Ayi-NSGFdxyH_-En-XM2JeFri6vUZmmt8qmgKlrugxndmhEwJlFPQZdewdp11gUgJuVDIwJ4ARSDHOhYv9I/s1600/IMG-20150827-WA0002.jpg
  •  Keju  - Pengambilan keju juga mampu untuk meningkatkan platlet darah.
http://intisari-online.com//media/images/8680_doyan_makan_keju_bisa_picu_diabetes.jpg 
 
Langkah pencegahan dan mengatasi pembiakan nyamuk aedes.
  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes
  • Bersihkan tempat air bertakung (tayar terpakai, longkak tersumbat, tempat penyimpanan air yang terbuka etc).
  • Pastikan kawasan persekitaran rumah sentiasa didalam keadaan bersih agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
  • Ketika musim hujan, pastikan bahagian takungan air sentiasa bertutup untuk elakkan pembiakkan larva. Guna ubat jentik-jentik yang diluluskan.
  • Sekiranya menggunakan lapik pasu, pasti air didalam lapik pasu dibersihkan setiap hari.
Melindungi diri dari nyamuk aedes
  • Elak mengujungi kawasan yang berisiko mempunyai nyamuk aedes seperti taman, kebun dan hutan.
  •  Elak berada diluar rumah diwaktu kemuncak nyamuk aedes aktif iaitu pada awal pagi dan lewat petang.
  • Pakai pakaian yang menutupi lengan dan bahagian bawah badan (seluar panjang).
  • Ubat nyamuk dan eorosol .
  • Memasang jaring atau skrin nyamuk di setiap bukaan yang terdapat dirumah (tingkap, lubang angin).
  • Gunakan kelambu ketika sedang tidur.
Alhamdulillah, mak sudah discharge dari hospital. Tetapi, badannya masih lemah dan dia tidak selera makan. Semoga emak cepat sembuh. :'(

Friday, 29 April 2016

A QUOTES A DAY #11

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/bf/17/01/bf170156e08ba8d7ce15eb1896ea741e.jpg

SMELLY NO MORE

https://www.totalimage.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Smelly-No-More-60g-RM16.90.jpg
Smell smell what smell?
Smell The Rock is cooking?

huhu...apa yang ko merepek ni jah oi...nak cito pasai pa neyh...

ekceli...ahkak nak share ttg deodorant Smelly No More, Produk dari Total Image. Sebelum nih ahkak pengguna tegar satu produk ni...sangat menyukai hokey deodorant keluaran syarikat tu. Tapi setelah ahkak ada mendengar kabar angin katanya deodarant punca kanser payudara, terus ahkak mencari alternatif lain untuk menghilangkan bau badan. Tetapi adakah benar deodorant punca kanser payudara? Nanti ahkak sharekan pada next entry.

Berbalik kepada produk yang ahkak nak sharekan neyh,produk ini berasaskan batu garam mineral semulajadi yang mampu menghalang pembiakan bakteria punca bau badan. Apakah yang menyebabkan bau badan? Bau badan berpunca dari gabungan peluh dan bakteria. Peluh sebenarnya tidak berbau malah proses ini berfungsi sebagai satu cara semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Tetapi bile bergabung dengan bakteria, maka, perembesan peluh dari liang roma badan akan menyebabkan badan berbau. Ini kerana, bakteria memecahkan peluh kepada asid lemak berbau. 

Deodarant komersial yang berada di pasaran sama ada hanya menghentikan proses perpeluhan atau hanya menutup bau dengan wangian. sebab  itu, kebanyakkannya tidak membantu mengatasi punca utama bau badan.

Antara kawasan-kawasan yang biasanya mengeluarkan bau badan;
  • ketiak
  • kaki/tapak kaki
  •  Leher
Bagus nye tentang deodarant Smelly No More ini adalah kerana;
  • Semulajadi
  • Tidak menghitamkan kawasan kulit
  • Tidak melekit dan tidak berminyak
  • Bebas alkohol dan wangian tiruan
  • Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
  • 300% lebih berkesan menghalang bau badan dari produk deodorant lain
  • Hypo-allergenic
 Bahan terkandung dalam Smelly No More
  • Garam mineral semulajadi
Cara penggunaan
  • Selepas mandi, basahkan sedikit dihujung, dan sapu dibahagian berbau seperti biasa.
  • Boleh disapu di bahagian ketiak, leher, belakang lutut, tapak kaki, tapak tangan
Harga di pasaran
  • Pek 60gm - RM16.90
  • Pek 120gm - RM24.90
Produk ini boleh didapati Guardians, Watsons, Caring, Vitacare dan farmasi2 utama di seluruh Malaysia.

Thursday, 28 April 2016

A QUOTES A DAY #10

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/b3/aa/3b/b3aa3b44cc1653c23aac3c57f2b1ccfc.jpg

FILEM STEPHEN KING'S IT

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/b/b0/It_1990_Promotional_Poster.JPG
 Poster filem IT 1990

Sapa pernah tengok filem Stephen King's IT? angat tangan...angkat tangan...meletops angkat tangan era!... tibbeee.. :P

Omaigaaaddddd.....CITE LAMA MULAI MENGHANTUI.....takuttssss...sebab filem nih lar ahkak takut ngan clown selain dari ular dan segala binatang yang slimy2 dan mengiut2....hampagas toi!

Ok, pada mereka yang tdk tahu tentang filem Stephen King's IT, kisah ini mengisahkan 7 sahabat yang terpaksa berdepan dengan syationirojim, Pennywise the Clown yang mula menghantui mereka sejak 30tahun lalu bermula di kampung halaman mereka, Maine. Filem ini diadaptasi dari buku penulisan Stephen King sendiri berjudul IT yang di terbitkan pada September 1986.

Filem ini diterbitkan dan dimainkan di kaca televisyen pada 18/11/1990. Ketika nih ahkak baru 6tahun. Bayangkan, ahkak masih ingat lagi filem ini setelah 26tahun. Nampak sgt filem ni sgt memberi impak pada ahkak. Ai is terkesan taw ngan cite ko ni Stephen King. 

Pertama kali ahkak menonton filem ni, ahkak tengok kat rumah arwah nenek ahkak di Kampung Baru, Bentong Pahang. TV buh lam lemari tv yang ada pintu kayu..suke memain pintu kayu tuh..perasan cam kain tirai dibuka...hehehe

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQbrTG9p1406yIbZyXUDaJ4BPDchPibdiZ-oJivOq4qOOzxolLo 
Novel IT tulisan Stephen King 1986

Okay, nampak tak, kat kulit novel tu ada clown? So, opkos lar, dalam filem ni, watak clown itu juga dijadikan sebagai hero utama..dan berpunca dari inilar ahkak mengalami Coulrophobia (A specific fear of clowns)

And the most interesting part is, filem ini bakal menjengah ke pawagam2 berhampiran anda pada September 2017!! haha, nampak tak exclamation mark berganda tu...nmpk teruja kan? Okay, walaupun ahkak takut yang amatsss ngan crite ni, tapi ahkak mcm tak sabar jgk nk pi beratur beli tiket, boleh gitew? hew hew hew....ada yang sepanjang tayangan berlangsung, duk nyuruks bwh kusi jek..eyh?! perasan muat? hahaha 

Hey, cite nih legend kot...kena lar sibuk2 gaks beratur beli tiket... :P

Antara scene2 yang ahkak ingat lagi adalah, 

1) ketika mereka berkumpul di tepi jalan waktu kanak2
2) scene kawan mereka kena sedut lam paip pembentung, berlipat hokey badannye
3) scene mereka berdiri membentuk bulatan sambil pennywise the clown tuh memusingi dibelakang mereka (ada salah sorang kawan mereka tuh, ada asma,blkg budak ni lar pennywise the clown tuh berenti, menyakat)

dan berikut adalah antara sudutan yang paling diingati

Jadi, jangan lupe ye...date kite September 2017..i tutup matu u, u tutup mata i..ahaks...
 
http://cdn.fansided.com/wp-content/blogs.dir/280/files/2015/03/tumblr_mxbd9uiCdT1swh3svo1_500.gif http://s3-ec.buzzfed.com/static/enhanced/webdr01/2012/11/13/12/enhanced-buzz-7207-1352826102-10.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3KXg_SYbNGIOEObzg8Q1QAMRuVIbF7IuEWFUbCIQExZuwkMnUKDpe4VdBpkrNIYzV91y2O3Cwd1Xq_R86ct3l-HrxksPE-cNw6Tu3sxtYZE_LDl7mH6sMhCLwp7pY7bfLf1MWnOzm/s640/giphy.gif

Tuesday, 26 April 2016

A QUOTES A DAY #9

http://data3.whicdn.com/images/10330841/large.jpg

JANGAN LAKUKAN 24 PERKARA INI DALAM HIDUP ANDA

Perkongsian yang ahkak dapat melalui whatsapp keluarga...jadi ahkak ingin kongsikan disini kerana bagi ahkak, perkara-perkara ini tidak susah untuk kita amalkan. Dan sebagai 'self-reminder' for me to be a good muslim/muslimah.Insyallah.

1) Jangan lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah s.w.t

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikuathiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah.

3) Jangan makan/minum didalam/menggunakan bekas yang sumbing/rekahan@pecahan kecil.Makhruh kerana ianya merbahayakan.


4) Jangan biarkan pinggan makan yang telah digunakan tidak berbasuh di sinki. Makhruh dan mewarisi kepapaan.

5) Jangan tidur selepas solat subuh kerana kelak dikhuatiri rezeki mahal (pagi pembuka pintu rezeki)

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILAHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk berbuat kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8) Jangan pakai kasut/selipar berlainan pasangan. Makhruh dan mewarisi kepapaan.

9) Jangan biar mata meliar ketika di perjalanan. Nanti hati kita kelak diselaputi dosa.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Lebih banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana bila-bila mati boleh datang menjemput.

12) Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa atau sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan rosak sesama rakan taulan. Nanti kelak merosak silaturahim.

14) Janagan lupa bergantung harap hanya kepada Allah swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16) Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20) Jangan duduk didalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.

21) Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap adalah makanan jin.

22) Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM  dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23) Jangan memakai tangkal kerana Allah swt tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal semata-mata dan bukan kepadaNya.

24) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang buruk itu dari hambanya juga.    

Friday, 22 April 2016

A QUOTES A DAY #8

http://www.ultraupdates.com/wp-content/uploads/2015/02/hijab-quotes.jpg

HIDUNG BERDARAH (PUNCA DAN PENYELESAIAN)

Baru sebentar tadi, cikgu kelas sekolah anak whatsapp, beritahu, ada pelajar yang mengalami hidung berdarah ketika sedang beratur untuk pulang selepas selesai sesi persekolahan.

Apa punca hidung berdarah? 

Apa penyelesaian nye?

Adakah ianya normal?

Ok, mari kite fahami, dari mana punca hidung berdarah ini terjadi.


https://silversword.files.wordpress.com/2008/11/08332bg.gif 

http://www.obatsinusitiskronis.org/wp-content/uploads/2015/09/hidung-berdarah.png 

Hidung berdarah adalah biasa, dan manakala punca mungkin tidak jelas pada mulanya, kebanyakan kes adalah kecil dan boleh diuruskan dari rumah.

Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.

Sebab-sebab hidung berdarah termasuk;

1) trauma ke hidung daripada kecederaan

2) kecacatan dalam hidung

3) keradangan/jangkitan dalam hidung/tekak @ sinus

4) tumor intranasal. 

5) salur darah dalam hidung yang sensitif-ianya pecah dan berdarah dalam cuaca panas dan kering

6) selsema/flu

7) alahan (makanan/persekitaran)

8) tekanan keterlaluan

9) pengunaan/pengambilan ubat (cth : ubat anti radang/semburan hidung atau ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs)).

Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:


1) Kehadiran bendasing (dimasuki kedlm rongga hidung secara sengaja @ tidak)

2) Masalah kesihatan berkaitan darah (masalah pencairan darah)

3) Perkembangan vaskular yang tidak sempurna dalam saluran hidung dan tekak.

Mana-mana syarat-syarat ini boleh menyebabkan saluran darah permukaan dalam hidung berdarah.

Kaedah rawatan asas pendarahan hidung:


1) JANGAN bernafas melalui hidung dan hanya menggunakan rongga mulut.

2) JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung.

3) JANGAN banyak bercakap, batuk dan bersin (menganggu proses pembekuan pada pembuluh darah)

4) JANGAN baring

5) JANGAN mengorek/menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam jika hidung sudah berhenti berdarah. Perlu berehat untuk mengelakan pendarah berulang.

6) Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan. (Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit).

7) Jika pendarahan terjadi sekali lagi, boleh gunakan semburan hidung dekongestan (seperti Afrin, Dristan, atau Vicks Sinex) untuk mengecutkan saluran darah hidung anda, dan ulang semula dengan memberi tekanan ke atas hidung  untuk menghentikan pendarahan.
 ** Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa.


Kaedah rawatan pendarahan hidung secara tradisional

1) Daun sirih - Gulung daun sirih dan sumbatkan kedalam rongga/lubang hidung.

2) Daun dewa - Minum air rebusan daun dewa


 3) Daun Kangkung - Minum air rebusan daun kangkung (direbus bersama sedikit garam, dan ditapis setelah mendidih)

http://www.carakhasiatmanfaat.com/wp-content/uploads/2014/08/khasiat-kangkung.jpg 

4) Daun cakar ayam - minum air rebusan daun cakar ayam.

http://www.khasiatherba.com/wp-content/uploads/2014/09/khasiat-cakar-ayam-3.jpg 

5) Rambut jagung (minum air rebusan rambut jagung)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzX4fcws8mNvKN2Uh14r4AxqC70dGxMEV9iOIEB83nrkWk5JSCcB89Z_VpOUWGfZIgDeypu5B6sj0Y3hafhkUEDE7fAQjEhBVgBwGBJe2krJmTP5s9GdlyL9wB8HfeRJ4tsWdZEymE8jQ/s1600/Rambut+jagung+atasi+gagal+ginjal.png 

6) Daun pegaga - minum air rebusan air pegaga
 
http://healthzone.mediktv.com/wp-content/uploads/2012/11/2722063532_3a4314fd45_b.jpeg

 7) madu - dimakan begitu saja 

http://infounik.org/wp-content/uploads/2014/10/Madu.jpg 

8) Ais batu - dibalut dengan kain dan diletakkan atas batang hidung.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7EC7cr3WLTzmNX3eCDCVgZVl6Nz08HIczfFwM7MXGHOA2Se88vWnrRctccGDg9jEfooXPYXjNLmSb-TS5HlP8PSHaHcwf5CBkrBI-a3vE9TBkvDXeX5aFTOxR5EoR6kmGUPS4d0khNaY6/s1600/ais.jpg

Cara untuk mengelakkan hidung berdarah semula :

1) Banyak minum air kosong/suam bagi memastikan tubuh badan sentiasa sejuk dan tidak terhidrat.

2) Elakkan menghembus hidung terlalu kuat.

3) Elakkan mengorek dengan kuku yang tajam/objek tajam sekiranya hidung kering dan berkerak dengan terlalu dalam. Gunakan pelembap atau minyak bayi bagi membersihkan rongga hidung.

4) Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa. Ini sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak. 

Berjumpalah dengan doktor sekiranya :-

1)  Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. 

2)  Berasa hendak pitam atau pengsan.    

3) Hidung berdarah lebih dari sekali dalam tempoh seminggu. 

# courtersy : webmd.com
# http://www.obatsinusitiskronis.org/wp-content/uploads/2015/09/hidung-berdarah.png
# https://silversword.files.wordpress.com/2008/11/08332bg.gif
#https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7EC7cr3WLTzmNX3eCDCVgZVl6Nz08HIczfFwM7MXGHOA2Se88vWnrRctccGDg9jEfooXPYXjNLmSb-TS5HlP8PSHaHcwf5CBkrBI-a3vE9TBkvDXeX5aFTOxR5EoR6kmGUPS4d0khNaY6/s1600/ais.jpg
#  http://infounik.org/wp-content/uploads/2014/10/Madu.jpg
# http://healthzone.mediktv.com/wp-content/uploads/2012/11/2722063532_3a4314fd45_b.jpeg
# https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRlwd6aid6IADQ2dp93GeBFJbQv9U9zE8lOC-EvYxIWToFSEvIKN9_RkQM6x3ogVVesLTA4BQj05IXZQ3W31BE9HTdPGR1GCwZ9-k0Apy1wRE-B4HvwF6XS7D8p4yHRdw-XR6SUf-2lfg7/s1600/Manfaat+Daun+Dewa+Bagi+Kesehatan.jpg
# http://saransehat.com/wp-content/uploads/2014/08/Manfaat-dan-Khasiat-Daun-Sirih.jpg
# http://www.carakhasiatmanfaat.com/wp-content/uploads/2014/08/khasiat-kangkung.jpg
# https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzX4fcws8mNvKN2Uh14r4AxqC70dGxMEV9iOIEB83nrkWk5JSCcB89Z_VpOUWGfZIgDeypu5B6sj0Y3hafhkUEDE7fAQjEhBVgBwGBJe2krJmTP5s9GdlyL9wB8HfeRJ4tsWdZEymE8jQ/s1600/Rambut+jagung+atasi+gagal+ginjal.png
# http://www.khasiatherba.com/wp-content/uploads/2014/09/khasiat-cakar-ayam-3.jpg