- Sihir atau santau dapat dihalang dengan mengamalkan garam mengikut cara Nabi S.A.W
- Sebelum makan, Nabi S.A.W akan letak secubit garam dilidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan.
- Sampai di tempat baru, Nabi S.A.W ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru
- Untuk ubat penyakit rohai, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa? Kerana Allah S.W.T telah mencipta garam untuk menarik toksik/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.
- Garam mempunyai unsur untuk mengimbangi sistem tubuh kita.
- Garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Oleh itu, ketika memasak, jangan campurkan garam ketika makanan sedang menggelegak. Campur garam kedalam masakan ketika suhu telah turun yakni selepas api dapur ditutup. Maksud garam rosak adalah, apabila hanya tinggal unsur sodium didalam garam. Garam terkandung sodium dan potassium. Tubuh memerlukan potassium lebih. Potassium akan rosak/hilang bile garam dimasak dengan suhu tinggi. Oleh itu, inilah penyumbang kepada masalah darah tinggi kerana apa yang masuk didalam badan hanyalah sodium.
- Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam kerana sunnah Rasulullah S.A.W akan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan akan disapu pada bahagian depan lidah. Ini bertujuan untuk mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Beberapa Petua Menggunakan Garam
Rendam kerang dengan air garam untuk membuang tahinya.
Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin. Ikan masin yang terlalu masin boleh direndam dengan air garam untuk mengurangkan kadar kemasinannya.
Mengubati gout. Gout disebabkan pengambilan makanan laut secara berlebihan. Untuk mengubatinya, bleh benamkan badan didalam pasir laut ataupun demahkan garang kasar yang telah digoreng ditempat yang sakit ketika garam masih panas.
Merawat cirit birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.
Merawat mabuk perjalanan. Campurkan garam bersama madu dan air dan kemudiannya diminum sebelum memulakan perjalanan.
Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
Air garam menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin.
Menghilangkan penat akibat kerja berat dengan minum air sejuk dicampur garam.
Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam
Mengelak gangguan jin ketika bermalam dihutan. Caranya, garam dibaca padanya Surah Al-Fatihah (1 kali) dan ayat kursi (ayat 255 surah al-baqarah / 7 kali), kemudian ditabur disekeliling khemah.
Mengelak gangguan syaitan/jin pada bayi. Ada ketikanya, bayi kerap menangis di waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan didalam gelas/cawan/bekas yang terbuka dan diletakkan dibahagian kepala bayi.
Mengubati orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang disihir, cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-fatihah di perdu lidah. perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Semoga bermanfaat...insyallah..
No comments:
Post a Comment