Followers

Tuesday, 3 May 2016

DENGGI

Assalamualaikum wbt

Lama cuti, blog pun turut bercuti.. :)

Nak share lar kt sini, menggenangkan Mother's Day akan tiba pada 8 May 2016, ahkak nak crita skit pasal mak ahkak.

Last week, seminggu berkampung di hospital kerana demam denggi.

Balik2 dari majlis konvo abang ahkak di johor, mak diseang demam teruk dan sakit2 badan. Mereka balik dari Johor pada hari ahad. Tiba di Seremban, terus ke hospital, check kt emergency. Diberi ubat, dan mak berehat di rumah.

Hari isnin, ubat sudah ditelan, tapi masih lagi demam tidak berkurang, badan makin bisa2 dan muka dh sembab. Petang tu, bile ayah balik dari keje, pas mahgrib, mereka ke hospital semula sbb mak kata, badan masih sakit dan ubat yang dimakan tidak berkurangan sakitnya.

Lam kul 10 malam, ayah call suh siapkan baju2 mak sebab emak admitted di hospital. Maka, berkampunglar emak di hospital dari Isnin sampailar ke ari Isnin smalam, 1 May 2016. 8 hari di hospital......lama kann....sian mak...

Ok, apa punca demam denggi nih?

Mengenalpasti Nyamuk aedes

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqvAQRhSBMsO2x7Qw5AiJ55uVrQirqZBgk64pDA1K9Ndspkfwyni37N5aJgnVsW18v7pCCFKperADHv8Y8k1rqw3Uf7owN7bNbowpdKBziDYx5NpFEc2sPofIvz8VsUsJtq6BIyzwcF2mA/s1600/aedes.png

  • Nyamuk aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. 
  • Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang dan senja.
Cara pembiakan nyamuk aedes
  • Nyamuk aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.  (pasu bunga, tayar buruk, kolam, dan lain-lain bekas simpanan air).
Apa itu demam denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu 
  1. Demam Hemoragik Denggi (DHF) 
  2. Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan menular di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti(hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
  1. Demam mengejut
  2. Sakit kepala teruk
  3. Sakit di belakang bebola mata
  4. Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever
  5. Gatal-gatal. 
  6. Bintik merah pada kulit
  7. berdarah pada badan, hidung dan mulut.
  8. Hilang selera makan.
  9. Muntah-muntah
  10. Sakit perut
  11. Rasa pahit pada lidah
  12. Lemah dan tidak bermaya
Ciri-ciri keradangan demam denggi
  1. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. 
  2. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). 
  3. Gastritis; gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. 
  4. Radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan
  • Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau maksimum 16 gelas sehari (diperlukan untuk mengambil air yang banyak bagi
    menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk
http://www.mdnizam.com/wp-content/uploads/2014/08/air-minum-dalam-botol-pet-2.jpg

  • Pucuk daun betik - Kebiasaanya, pucuk daun betik dijadikan jus. Walaupun pahit, jus daun betik dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubati demam denggi. Kandungan enzim didalamnya berfungsi membantu meningkatkan platlet darah yang hilang akibat komplikasi demam denggi. 
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.479872.1454213029!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

  • Ketam nipah -Ketam nipah kebiasaannya di masak sup. Kandungan protein yang terdapat didalam ketam nipah mampu meninggkatkan platlet darah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioJmz3JZTrRxcSe0i5ODWb38sGySwX1EUog2kVIckRIa0h1mimOOINSPc8Ayi-NSGFdxyH_-En-XM2JeFri6vUZmmt8qmgKlrugxndmhEwJlFPQZdewdp11gUgJuVDIwJ4ARSDHOhYv9I/s1600/IMG-20150827-WA0002.jpg
  •  Keju  - Pengambilan keju juga mampu untuk meningkatkan platlet darah.
http://intisari-online.com//media/images/8680_doyan_makan_keju_bisa_picu_diabetes.jpg 
 
Langkah pencegahan dan mengatasi pembiakan nyamuk aedes.
  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes
  • Bersihkan tempat air bertakung (tayar terpakai, longkak tersumbat, tempat penyimpanan air yang terbuka etc).
  • Pastikan kawasan persekitaran rumah sentiasa didalam keadaan bersih agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
  • Ketika musim hujan, pastikan bahagian takungan air sentiasa bertutup untuk elakkan pembiakkan larva. Guna ubat jentik-jentik yang diluluskan.
  • Sekiranya menggunakan lapik pasu, pasti air didalam lapik pasu dibersihkan setiap hari.
Melindungi diri dari nyamuk aedes
  • Elak mengujungi kawasan yang berisiko mempunyai nyamuk aedes seperti taman, kebun dan hutan.
  •  Elak berada diluar rumah diwaktu kemuncak nyamuk aedes aktif iaitu pada awal pagi dan lewat petang.
  • Pakai pakaian yang menutupi lengan dan bahagian bawah badan (seluar panjang).
  • Ubat nyamuk dan eorosol .
  • Memasang jaring atau skrin nyamuk di setiap bukaan yang terdapat dirumah (tingkap, lubang angin).
  • Gunakan kelambu ketika sedang tidur.
Alhamdulillah, mak sudah discharge dari hospital. Tetapi, badannya masih lemah dan dia tidak selera makan. Semoga emak cepat sembuh. :'(

No comments:

Post a Comment