Followers

Tuesday, 10 May 2016

INFO MENGENAI GARAM

http://kulinercimahi.com/wp-content/uploads/2015/04/Herba-Garam-Untuk-Kecantikan-Kulit.jpg 

  • Sihir atau santau dapat dihalang dengan mengamalkan garam mengikut cara Nabi S.A.W
  • Sebelum makan, Nabi S.A.W akan letak secubit garam dilidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan.
  • Sampai di tempat baru, Nabi S.A.W ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru
  • Untuk ubat penyakit rohai, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa? Kerana Allah S.W.T telah mencipta garam untuk menarik toksik/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.
  • Garam mempunyai unsur untuk mengimbangi sistem tubuh kita.
  • Garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Oleh itu, ketika memasak, jangan campurkan garam ketika makanan sedang menggelegak. Campur garam kedalam masakan ketika suhu telah turun yakni selepas api dapur ditutup. Maksud garam rosak adalah, apabila hanya tinggal unsur sodium didalam garam. Garam terkandung sodium dan potassium. Tubuh memerlukan potassium lebih. Potassium akan rosak/hilang bile garam dimasak dengan suhu tinggi. Oleh itu, inilah penyumbang kepada masalah darah tinggi kerana apa yang masuk didalam badan hanyalah sodium.
  • Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam kerana sunnah Rasulullah S.A.W akan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan akan disapu pada bahagian depan lidah. Ini bertujuan untuk mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Beberapa Petua Menggunakan Garam

Rendam kerang dengan air garam untuk membuang tahinya.

Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin. Ikan masin yang terlalu masin boleh direndam dengan air garam untuk mengurangkan kadar kemasinannya.

Mengubati gout. Gout disebabkan pengambilan makanan laut secara berlebihan. Untuk mengubatinya, bleh benamkan badan didalam pasir laut ataupun demahkan garang kasar yang telah digoreng ditempat yang sakit ketika garam masih panas.

Merawat cirit birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

Merawat mabuk perjalanan. Campurkan garam bersama madu dan air dan kemudiannya diminum sebelum memulakan perjalanan.

Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Air garam menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin.

Menghilangkan penat akibat kerja berat dengan minum air sejuk dicampur garam.

Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam

Mengelak gangguan jin ketika bermalam dihutan. Caranya, garam dibaca padanya Surah Al-Fatihah (1 kali) dan ayat kursi (ayat 255 surah al-baqarah / 7 kali), kemudian ditabur disekeliling khemah.

Mengelak gangguan syaitan/jin pada bayi. Ada ketikanya, bayi kerap menangis di waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan didalam gelas/cawan/bekas yang terbuka dan diletakkan dibahagian kepala bayi.

Mengubati orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang disihir, cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-fatihah di perdu lidah. perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Semoga bermanfaat...insyallah..

Monday, 9 May 2016

A QUOTES A DAY #13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguMB-n99aZ6H8H3Nmb5cJlnBcbtNWho3j-2Z5qAlPpIToW8V3gF50kw8JbvttC603eESa9M3QoStKK-fVIcoKw-9SWRZB330lYbpQRNHIhZOr-49G8e-ep7Yn5r4l3nIZkdfeN1Le3Ue6b/s1600/hari+ibu.jpg

MOTHER'S DAY

Assalamualaikum

 http://previews.123rf.com/images/roxanabalint/roxanabalint1303/roxanabalint130300062/18563486-Grunge-Mother-s-day-rubber-stamp-on-white-vector-illustration-Stock-Vector.jpg

Ibu, Emak, Mama, Bonda, Mummy, Mak, Umi...nama yang setiap hari akan terpacul dari mulut kita. Tak kiralar andai kita berumur 3 tahun ataupun 36 tahun. Kita sentiasa mencari 'Emak' setiap masa, bujang mahupun dah berkahwin.

Semalam, 8 May 2016 merupakan sambutan Hari Ibu sedunia. Sambutan yang bermakna untuk mereka yang bergelar ibu. Ibu adalah insan yang paling banyak berkorban untuk kita sejak dari kita dikandung. Penat lelah pengorbanan diri sebagai seorang ibu, tidak terperi. 
 Emak dan Ayah

Bercerita tentang 'Sambutan Hari Ibu', ibu yang dipanggil emak oleh ahkak sejak kecik, telah menjadi emak kepada kami 3 beradik selama 36 tahun. Emak telah melahirkan abang pada tahun 1981, ahkak pada tahun 1984 manakala adik lelaki ahkak pada tahun 1985. Abang dilahirkan secara pembedahan manakala ahkak dan adik dilahirkan secara normal.

Ada satu cerita lucu yang ahkak masih ingat tentang 'emak' ketika ahkak masih kecil. Ketika itu, kami tinggal dikuantan. Anak-anak jiran disekitar rumah, usia mereka tidak jauh beza dengan ahkak....so, biasalar kan....budak-budak, suka sangat bersaing. Dari segi pakaian, mainan, beg skolah, kasut sekolah, botol air, semuaaaa nak bersaing sapa nye paling best! termasuklar gelaran untuk 'emak' masing2...[boleyh, gelaran nama pun nak bersaing..huhu...] so, kawan2 ahkak, mereka memanggil emak mereka 'mama', 'mummy', 'ibu'...time tuh ahkak rasa, nama2 tu sangat glem...tak seperti panggilan EMAK....ahkak rasa panggilan EMAK sangat kekampungan. [derhaka sangat perangai kan! ~huhuhu] So, sejak itu, ahkak mula panggil emak ahkak dengan panggilan 'mama', 'mummy' hari-hari bertukar, konon nak fefeling glem....tapi hakikatnya, EMAK jugak yang paling sedap disebut oleh mulut ini. EMAK juga yang disebut2 ketika sakit, EMAK juga dipanggil disaat takut, EMAK juga yang dirintih ketika bersedih, EMAK juga dipanjatkan ketika berdoa..EMAK...EMAK...EMAK....

Walaupun, panggilan EMAK tidak glem, tapi EMAK tetap glem dihati dan mata ahkak.... muahciked......

Selamat hari ibu, emak!! A lots of heartttttttttt......

Tuesday, 3 May 2016

A QUOTES A DAY #12

http://s9.favim.com/orig/140113/allah-islam-love-muslim-quotes-Favim.com-1256215.jpg

DENGGI

Assalamualaikum wbt

Lama cuti, blog pun turut bercuti.. :)

Nak share lar kt sini, menggenangkan Mother's Day akan tiba pada 8 May 2016, ahkak nak crita skit pasal mak ahkak.

Last week, seminggu berkampung di hospital kerana demam denggi.

Balik2 dari majlis konvo abang ahkak di johor, mak diseang demam teruk dan sakit2 badan. Mereka balik dari Johor pada hari ahad. Tiba di Seremban, terus ke hospital, check kt emergency. Diberi ubat, dan mak berehat di rumah.

Hari isnin, ubat sudah ditelan, tapi masih lagi demam tidak berkurang, badan makin bisa2 dan muka dh sembab. Petang tu, bile ayah balik dari keje, pas mahgrib, mereka ke hospital semula sbb mak kata, badan masih sakit dan ubat yang dimakan tidak berkurangan sakitnya.

Lam kul 10 malam, ayah call suh siapkan baju2 mak sebab emak admitted di hospital. Maka, berkampunglar emak di hospital dari Isnin sampailar ke ari Isnin smalam, 1 May 2016. 8 hari di hospital......lama kann....sian mak...

Ok, apa punca demam denggi nih?

Mengenalpasti Nyamuk aedes

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqvAQRhSBMsO2x7Qw5AiJ55uVrQirqZBgk64pDA1K9Ndspkfwyni37N5aJgnVsW18v7pCCFKperADHv8Y8k1rqw3Uf7owN7bNbowpdKBziDYx5NpFEc2sPofIvz8VsUsJtq6BIyzwcF2mA/s1600/aedes.png

  • Nyamuk aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. 
  • Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang dan senja.
Cara pembiakan nyamuk aedes
  • Nyamuk aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.  (pasu bunga, tayar buruk, kolam, dan lain-lain bekas simpanan air).
Apa itu demam denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu 
  1. Demam Hemoragik Denggi (DHF) 
  2. Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan menular di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti(hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
  1. Demam mengejut
  2. Sakit kepala teruk
  3. Sakit di belakang bebola mata
  4. Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever
  5. Gatal-gatal. 
  6. Bintik merah pada kulit
  7. berdarah pada badan, hidung dan mulut.
  8. Hilang selera makan.
  9. Muntah-muntah
  10. Sakit perut
  11. Rasa pahit pada lidah
  12. Lemah dan tidak bermaya
Ciri-ciri keradangan demam denggi
  1. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. 
  2. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). 
  3. Gastritis; gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. 
  4. Radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan
  • Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau maksimum 16 gelas sehari (diperlukan untuk mengambil air yang banyak bagi
    menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk
http://www.mdnizam.com/wp-content/uploads/2014/08/air-minum-dalam-botol-pet-2.jpg

  • Pucuk daun betik - Kebiasaanya, pucuk daun betik dijadikan jus. Walaupun pahit, jus daun betik dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubati demam denggi. Kandungan enzim didalamnya berfungsi membantu meningkatkan platlet darah yang hilang akibat komplikasi demam denggi. 
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.479872.1454213029!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

  • Ketam nipah -Ketam nipah kebiasaannya di masak sup. Kandungan protein yang terdapat didalam ketam nipah mampu meninggkatkan platlet darah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioJmz3JZTrRxcSe0i5ODWb38sGySwX1EUog2kVIckRIa0h1mimOOINSPc8Ayi-NSGFdxyH_-En-XM2JeFri6vUZmmt8qmgKlrugxndmhEwJlFPQZdewdp11gUgJuVDIwJ4ARSDHOhYv9I/s1600/IMG-20150827-WA0002.jpg
  •  Keju  - Pengambilan keju juga mampu untuk meningkatkan platlet darah.
http://intisari-online.com//media/images/8680_doyan_makan_keju_bisa_picu_diabetes.jpg 
 
Langkah pencegahan dan mengatasi pembiakan nyamuk aedes.
  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes
  • Bersihkan tempat air bertakung (tayar terpakai, longkak tersumbat, tempat penyimpanan air yang terbuka etc).
  • Pastikan kawasan persekitaran rumah sentiasa didalam keadaan bersih agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
  • Ketika musim hujan, pastikan bahagian takungan air sentiasa bertutup untuk elakkan pembiakkan larva. Guna ubat jentik-jentik yang diluluskan.
  • Sekiranya menggunakan lapik pasu, pasti air didalam lapik pasu dibersihkan setiap hari.
Melindungi diri dari nyamuk aedes
  • Elak mengujungi kawasan yang berisiko mempunyai nyamuk aedes seperti taman, kebun dan hutan.
  •  Elak berada diluar rumah diwaktu kemuncak nyamuk aedes aktif iaitu pada awal pagi dan lewat petang.
  • Pakai pakaian yang menutupi lengan dan bahagian bawah badan (seluar panjang).
  • Ubat nyamuk dan eorosol .
  • Memasang jaring atau skrin nyamuk di setiap bukaan yang terdapat dirumah (tingkap, lubang angin).
  • Gunakan kelambu ketika sedang tidur.
Alhamdulillah, mak sudah discharge dari hospital. Tetapi, badannya masih lemah dan dia tidak selera makan. Semoga emak cepat sembuh. :'(