Followers

Tuesday, 21 June 2016

MIGRAINE

Assalamualaikum

Alhamdulillah....sudah 16 hari kita berpuasa....moga-moga, dengan berbaki 14hari, kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala pada ini kali ramadhan...

Sepanjang bulan ramadhan ini, alhamdulillah, ahkak diberikan kesihatan yang baek..kecuali 1...ahkak kerap diserang sakit migrain...ujian di bulan ramadhan, redha dan tidak perlu mengeluh....mungkin Allah nak uji, sekuat mana ibadah ahkak andai diberi ujian sakit migrain ini...moga ahkak cepat sedar dan cuba untuk lebih tingkatkan amal ibadat....semoga amal ibadat ahkak diterima Allah swt...

Ahkak tertanya2, apa punca migrain ni? Kerana boleh dikatakan, kerap jgk ahkak kena....

Tanda-tanda anda diserang migrain
  • rasa sakit/kebas di bahagian sebelah muka
  •  pandangan silau/kabur/samar2
  • mual/mabuk
  • pendengaran menjadi sensitif terhadap bunyi/suara
  • tempoh alami mingrain biasa nye antara 5 - 72 jam

Berikut adalah antara punca-punca/penyebab migrain;
  • makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi 
  • ubat hormon seperti pil perancang kehamilan
  • MSG/Pengawet makanan
  • minuman beralkohol/kafein
  • tekanan/stress
  • rangsangan deria yang kuat - silau/bau yang menyegat
  • waktu tidur yang tidak menentu
Cara mengatasi migrain
  • kurangkan/elakkan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi
  • kurangkan/elakkan makanan yang mempunyai MSG/pengawet makanan
  • elakkan dari minum minuman beralkohol/kafein
  • hilangkan stress denganmencari ketenangan...jika perlu..pergi bercuti!
  • elak berada ditempat yag terang dan bising
  • waktu tidur yang mencukupi
Selain dari itu, kite boleh juga mencuba teknik meletak ais di belakang tengkuk. 

Info ini,ahkak terima pengkongsiannya dari mak cik ahkak.

Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh kita, jika ditempelkan dengan ais pada titik itu selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insyallah, teknik ini, mampu mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera, malah badan kita kaan terasa ringan dan bertenanga.

Melakukan terapi itu secara kerap/berkala, mampun mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik dimana leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupuntur cina titik tersebuat dikenali sebagai 'Feng Fu' yang bermaksud 'rumah angin'.

Menurut rawatan tradisional cina,teknik meletakkan ais pada titik 'Feng Fu' bukan untuk mengubati tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologi semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan ' seluruh tubuh. 

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada titik 'Feng Fu'.Cubalah melakukan terapi ini ketika badan terasa eltih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Terapi ini juga dapat meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.

Terknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik 'Feng Fu' selamat 10 - 20 minit.

Pada awalnya, mungkin kita akan merasa sjeuk selama 30-40saat tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Selain dari itu, antara kebaikan nya adalah;
  • mengatasi sakit kepala dan migrain
  • meringkan sakit gigi/sendi
  • mencetus rasa relaks
  • meningkatkan tenaga/hindari rasa letih
  • meningkatkan kualiti tidur
  • memperbaiki sistem pernafasan/kardiovaskular
  • mengatasi asma
  • mencegah sering bersin /hidung berair
  • mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
  • membaiki sistem pencernaan
  • menyembuh radang saluran usus danmeningkatkan keupayaan seksual
  • mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan
  • mengatasi masalah kelenjar tiroid
  • membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi
  • menghilangkan selulit
  • mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endorkin dan kesuburan.
  • mengatasi gangguan psiko-emosiol, stess, keletihan, insomnia 
 
 
 
 
 

Tuesday, 14 June 2016

A QUOTES A DAY #14

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum 

Alhamdulillah....ari ini genap sudah 9 hari kita berpuasa.

Lama sungguh membisu dari menulis blog....

semuanya gara2 kemalasan yg bertingkek2.

huhuhuh

Masa mula2 start smula berblogging, harapan nya adalah, agar, blog ini kali, tidak seperti blog2 yg sebelum ini... :D

Jadi, jangan hangat2 tahi ayam lagi ye cik puan lea! ;D

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglOJ1ydovHrrERpP1XnVHHQrM_qMLYW9x1s0CoAOOSGN4mZYCad0J0pjb_TH70yleDe5dKGiv56picRwGbxADERBlnp9Fk6OF3pbVgyUuP3JnYGr1VyHtpzqScToPMNnBuLByu2gFU4aI/s1600/Kata-Kata-Menyambut-Bulan-Ramadhan.jpg



Tuesday, 10 May 2016

INFO MENGENAI GARAM

http://kulinercimahi.com/wp-content/uploads/2015/04/Herba-Garam-Untuk-Kecantikan-Kulit.jpg 

  • Sihir atau santau dapat dihalang dengan mengamalkan garam mengikut cara Nabi S.A.W
  • Sebelum makan, Nabi S.A.W akan letak secubit garam dilidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan.
  • Sampai di tempat baru, Nabi S.A.W ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru
  • Untuk ubat penyakit rohai, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa? Kerana Allah S.W.T telah mencipta garam untuk menarik toksik/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.
  • Garam mempunyai unsur untuk mengimbangi sistem tubuh kita.
  • Garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Oleh itu, ketika memasak, jangan campurkan garam ketika makanan sedang menggelegak. Campur garam kedalam masakan ketika suhu telah turun yakni selepas api dapur ditutup. Maksud garam rosak adalah, apabila hanya tinggal unsur sodium didalam garam. Garam terkandung sodium dan potassium. Tubuh memerlukan potassium lebih. Potassium akan rosak/hilang bile garam dimasak dengan suhu tinggi. Oleh itu, inilah penyumbang kepada masalah darah tinggi kerana apa yang masuk didalam badan hanyalah sodium.
  • Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam kerana sunnah Rasulullah S.A.W akan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan akan disapu pada bahagian depan lidah. Ini bertujuan untuk mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Beberapa Petua Menggunakan Garam

Rendam kerang dengan air garam untuk membuang tahinya.

Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin. Ikan masin yang terlalu masin boleh direndam dengan air garam untuk mengurangkan kadar kemasinannya.

Mengubati gout. Gout disebabkan pengambilan makanan laut secara berlebihan. Untuk mengubatinya, bleh benamkan badan didalam pasir laut ataupun demahkan garang kasar yang telah digoreng ditempat yang sakit ketika garam masih panas.

Merawat cirit birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

Merawat mabuk perjalanan. Campurkan garam bersama madu dan air dan kemudiannya diminum sebelum memulakan perjalanan.

Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Air garam menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin.

Menghilangkan penat akibat kerja berat dengan minum air sejuk dicampur garam.

Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam

Mengelak gangguan jin ketika bermalam dihutan. Caranya, garam dibaca padanya Surah Al-Fatihah (1 kali) dan ayat kursi (ayat 255 surah al-baqarah / 7 kali), kemudian ditabur disekeliling khemah.

Mengelak gangguan syaitan/jin pada bayi. Ada ketikanya, bayi kerap menangis di waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan didalam gelas/cawan/bekas yang terbuka dan diletakkan dibahagian kepala bayi.

Mengubati orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang disihir, cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-fatihah di perdu lidah. perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Semoga bermanfaat...insyallah..